duhai hati sentiasa lah engkau kuat..
kuat untuk sentiasa tetap ke jalan Allah
kau pernah tersungkur dari landasan-Nya
bukan sekali
beberapa kali mungkin
namun kau cuba bangkit untuk mengejarnya kembali
sinar itu tidak akan hilang selagi kau berusaha dan mencarinya
percayalah hati..
percayalah..
kuat untuk sentiasa teguh dari terjatuh dek permainan hati
ini yang paling kau geruni
kau bina kuat hati nie untuk teguh tidak membahagi
selagi kau tahu maknanya setia dan percaya
dan maknanya kecewa dan berduka
kau akan sentiasa berjaga-jaga
tapi,
kadang-kadang empunya hati mudah terlupa
dan tersalah ikut kata hati
yang ketika itu
hati tidak meminta akal menjadi temannya untuknya berfikir panjang
ketika itu langkah tersilap
secara sedar dan tidak sedar
tapi percayalah teman
itu hanya kata hati
yang ketika itu tidak dibantu dengan akal yg kuat
maka tidak terkawal lah die
ye, aku benarkan kamu yang aku panggil teman hidup
tegurlah dia
marahlah dia
pimpinlah dia
untuk tahu apa salahnya empunya hati
agar dapat membetulkan diri
JANGAN
kau tinggalkan dia
menghukumnya
meninggalkannya terkapai-kapai
KERANA
dengan teguranmu
dengan pimpinanmu
dia akan sedar
dan akan kembali
percayalah..
ye aku si EMPUNYA HATI yg cukup rapuh
aku mengakui ini semua kata HATI ku saat nie
aku perlukan kamu mendidiknya..
moga hati nie terus kuat
tapi untuk-Nya
kuatlah dan itu pasti..
No comments:
Post a Comment